Langgan kalendar awam pada peranti anda
Pastikan anda mempunyai alamat untuk kalendar awam dalam format iCalShare (ICS).
Anda boleh menambah kalendar awam yang menggunakan format ICS pada peranti BlackBerry anda supaya anda boleh
melihat kalendar itu dalam aplikasi Kalendar. Semasa pemilik kalendar membuat perubahan pada acara, perubahan itu
disegerakkan ke peranti anda. Hanya pemilik boleh menukar acara dalam kalendar awam. Anda juga boleh membuka
pautan kalendar awam dalam Pelayar BlackBerry atau dalam e-mel dan dengan cepat menambahnya pada kalendar
dalam aplikasi Kalendar.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
> Akaun >
> Kalendar Dilanggan.
3.
Dalam medan Nama Kalendar, masukkan nama untuk kalendar itu.
4.
Dalam medan Alamat Pelayan, masukkan alamat untuk kalendar awam dalam format ICS.
5.
Ketik Selesai.
Petua: Jika anda mengetik pautan ke kalendar awam yang anda tidak langgan dalam Pelayar BlackBerry, anda dihalakan
secara automatik ke skrin Kalendar Dilanggan, dan maklumat mengenai kalendar awam diisi secara automatik.
Panduan Pengguna
Aplikasi dan ciri
242