Tinggalkan aplikasi atau tutup aplikasi
Daripada menutup aplikasi selepas anda selesai menggunakannya, anda boleh menjadikan berbilang tugas lebih mudah
dengan meminimumkan aplikasi. Anda boleh melihat aplikasi yang dibuka disusun sebagai Bingkai Aktif pada skrin utama
dan anda boleh mengetik Bingkai Aktif untuk mengembalikan aplikasi kepada skrin penuh. Selepas anda meminimumkan
aplikasi, anda boleh menutupnya dari skrin utama.
1.
Untuk meminimumkan aplikasi, leret ke atas dari bawah skrin. Aplikasi ini disusun sebagai Bingkai Aktif pada skrin
utama.
2.
Untuk menutup aplikasi selepas anda meminimumkannya, pada skrin utama, pada Bingkai Aktif, ketik .