Tukar tetapan keselamatan Pelayar
Dalam Pelayar, ketik
>
> Privasi dan Keselamatan.
Tetapan keselamatan
Alih Keluar Item Sejarah
Nyatakan kekerapan peranti BlackBerry anda memadamkan maklumat sema imbas secara automatik daripada
sejarah Pelayar BlackBerry anda.
Jangan Jejak
Beritahu laman web yang anda tidak mahu aktiviti menyemak imbas anda dijejaki.
Benarkan SSLv3
SSLv3 adalah protokol keselamatan yang mungkin diperlukan untuk menyambung ke laman web yang lebih lama.
Data yang dihantar dan masuk dari laman web yang memerlukan SSLv3 mungkin bukan peribadi.
Sekat Tetingkap Timbul
Memilih sama ada membenarkan tetingkap pop muncul atau tidak dalam sesi semak imbas anda.
Terima Kuki
Biarkan laman web menggunakan kuki untuk menghantar dan menerima maklumat antara laman web dan Pelayar.
Kuki dapat membantu kerana laman web boleh menggunakannya untuk mengingati maklumat tentang keutamaan
dan maklumat pengguna anda tetapi kuki boleh menimbulkan risiko keselamatan juga.
Kosongkan Kuki dan Data Lain
Kosongkan semua maklumat Pelayar yang disimpan.
Kosongkan Sejarah
Kosongkan sejarah Pelayar anda.