Bagaimanakah saya hendak menetapkan semula kata
laluan peranti saya jika saya terlupa?
Atas sebab keselamatan, satu-satunya cara anda boleh menetapkan semula kata laluan peranti BlackBerry anda tanpa
mengetahui kata laluan semasa anda adalah dengan memadamkan semua data peranti anda. Biasanya anda boleh
melakukannya dengan memasukkan kata laluan peranti yang salah sepuluh kali.
Jika anda sudah menghidupkan ciri anti kecurian BlackBerry Protect, untuk menyediakan peranti anda sekali lagi, anda
perlu memasukkan BlackBerry ID anda.
BlackBerry mengesyorkan supaya anda membuat dan menyimpan fail sandaran pada komputer anda dengan kerap.