BlackBerry Q10 - Mengenai kad pintar

background image

Mengenai kad pintar

Anda boleh menggunakan kad pintar dan kata laluan untuk peranti BlackBerry atau ruang kerja anda untuk membuka

kunci peranti anda. Anda boleh menggunakan sijil kad pintar untuk menghantar mesej dilindungi S/MIME.
Kad pintar menyimpan sijil dan kekunci peribadi. Anda boleh mengimport sijil daripada kad pintar ke peranti anda dengan

menggunakan pembaca kad pintar luaran atau kad pintar microSD. Operasi kekunci peribadi seperti menandatangani dan

menyahsulit menggunakan kad pintar. Operasi kekunci awam seperti pengesahan dan penyulitan menggunakan sijil awam

pada peranti anda.

Gunakan pengesahan dua faktor

Pengesahan dua faktor membolehkan menggunakan kad pintar dan kata laluan untuk peranti BlackBerry atau ruang kerja
anda untuk membuka kunci peranti anda.
Ciri Entri Kata Laluan Pintar direka bentuk untuk memudahkan anda memasukkan kata laluan pada peranti anda. Peranti
anda boleh mengingati format bagi kata laluan yang anda taip dalam medan kata laluan dan, jika kata laluan anda adalah
angka, peranti secara automatik akan menetapkan kunci nombor supaya anda tidak perlu menekan kekunci Alt untuk

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

312

background image

memasukkan kata laluan anda. Juga, jika kata laluan untuk peranti atau ruang kerja anda dan kata laluan untuk kad pintar
anda adalah sama, peranti anda boleh memasukkan kata laluan untuk kad pintar anda apabila anda menaip kata laluan
untuk peranti atau ruang kerja anda.
Anda mungkin perlu menghidupkan NFC atau Bluetooth pada peranti anda, bergantung kepada jenis kad pintar yang anda
gunakan.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kata Laluan Peranti > Tetapan Pengesah.

3.

Untuk menetapkan peranti anda supaya menggunakan kad pintar untuk membuka kunci peranti atau ruang kerja

anda, dalam senarai juntai bawah Pengesah Pengguna Kad Pintar, ketik Peranti atau Kerja.

4.

Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk menyediakan peranti anda supaya lebih mudah memasukkan kata laluan bagi kad pintar anda dan kata

laluan untuk peranti atau ruang kerja anda, hidupkan suis Entri Kata Laluan Pintar.

• Untuk menetapkan peranti anda supaya mengunci semasa anda mengeluarkan kad pintar daripada peranti anda

atau pembaca kad pintar luaran, hidupkan suis Kunci apabila Kad Dikeluarkan.

Import sijil daripada kad pintar

Anda boleh mengimport sijil daripada kad pintar microSD dimasukkan dalam peranti BlackBerry anda atau pembaca kad
pintar luaran yang disambungkan ke peranti anda menggunakan kabel USB, atau yang berpasangan dengan peranti anda
menggunakan teknologi Bluetooth.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad Pintar > Import Sijil.

3.

Lengkapkan arahan pada skrin.

Simpan kata laluan kad pintar anda pada peranti anda

Anda boleh menetapkan peranti BlackBerry anda untuk menyimpan sementara kata laluan kad pintar anda supaya anda
tidak perlu memasukkannya dengan kerap. Untuk mengosongkan cache, kunci peranti anda.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad Pintar.

3.

Hidupkan suis Cache PIN.

Matikan pemberitahuan LED untuk kad pintar

LED merah berkelip semasa peranti BlackBerry anda mengakses data pada kad pintar. Anda boleh mematikan penunjuk
ini.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

313

background image

2.

Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi > Kad Pintar.

3.

Matikan suis Penunjuk Aktiviti LED.