Tetapan keselamatan
Anda boleh menetapkan dan menukar tetapan keselamatan untuk aplikasi pada peranti BlackBerry anda, dan
menyediakan kawalan ibu bapa untuk menyekat atau mengehadkan akses kepada ciri dan kandungan. Anda boleh
menggunakan kad pintar dan import sijil daripada komputer anda untuk meningkatkan keselamatan data pada peranti
anda. Dan jika anda perlu memadam semua data daripada peranti anda secara kekal, anda boleh memadamnya.