Menetapkan kebenaran keselamatan untuk aplikasi
BlackBerry 10 OS mengandungi kebenaran aplikasi yang direka bentuk untuk membolehkan anda mengawal maklumat
dan ciri yang boleh diakses oleh aplikasi pada peranti BlackBerry anda. Contohnya, anda boleh mengawal sama ada
aplikasi boleh mengakses e-mel, kenalan, gambar atau lokasi peranti anda. Perlu diingatkan bahawa sesetengah aplikasi
memerlukan kebenaran khusus untuk berfungsi. Anda juga boleh membantu melindungi peranti anda dengan memuat
turun aplikasi hanya daripada sumber yang dipercayai seperti kedai BlackBerry World.
Semasa anda membuka aplikasi untuk kali pertama, peranti anda mungkin memaparkan senarai fail dan ciri yang ingin
diakses oleh aplikasi. Jika terdapat sesuatu yang kelihatan tidak betul, anda boleh menolak permintaan aplikasi untuk
mengakses item. Contohnya, anda mungkin memuat turun permainan yang memerlukan akses ke mesej anda, yang
mungkin munasabah jika permainan itu mengandungi ciri untuk mengongsi markah permainan anda. Namun begitu, jika
anda tidak selesa dengan keupayaan permainan itu yang boleh mengarang dan melihat mesej e-mel anda, anda boleh
mematikan akses ke mesej atau memadamkan aplikasi tersebut. Anda boleh melihat atau menukar keizinan untuk
kebanyakan aplikasi dalam tetapan peranti anda.
Untuk sesetengah aplikasi, semasa anda memasangnya, anda digesa untuk menerima atau menolak semua keizinan yang
diminta. Jika anda menolak, gesaan itu akan muncul lagi kali pertama anda membuka aplikasi. Anda tidak boleh menukar
keizinan aplikasi kemudiannya melainkan anda memadamkan atau memasang semula aplikasi itu.