Mengenai perkongsian media
Anda boleh mengongsi secara wayarles fail media pada peranti BlackBerry anda dengan peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast
yang disokong dan peranti DLNA Certified seperti komputer, TV atau lain-lain peralatan hiburan rumah. Anda boleh
mengongsi fail media anda secara wayarles menggunakan salah satu daripada kaedah berikut:
• Main pada: Dalam aplikasi Muzik, Gambar dan Video, gunakan ciri Main pada untuk memainkan atau melihat secara
automatik fail pada peranti DLNA Certified yang dipilih.
• Perkongsian Media: Dalam tetapan Perkongsian Media, jika anda telah memilih peranti DLNA Certified atau peranti
Miracast untuk mengongsi fail media, peranti yang anda pilih itu akan dapat mengakses fail media anda secara
wayarles.
Petua: Untuk maklumat selanjutnya tentang peranti DLNA Certified, lawat
www.dlna.org
.