Menyediakan peranti anda
Untuk menyediakan peranti BlackBerry 10, anda memerlukan kad SIM mikro. Jika anda tidak memiliki kad SIM atau tidak
memiliki jenis kad SIM yang betul, hubungi pembekal perkhidmatan anda.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
17
Jika anda mahu storan lebih besar untuk gambar, video, muzik dan dokumen, masukkan kad media (kad microSD).
Apabila anda bersedia, buka aplikasi Persediaan. Aplikasi ini membantu anda memindahkan kandungan daripada peranti
lama anda, dan menambah e-mel, BBM, pemesejan segera dan akaun rangkaian sosial.
Masukkan kad SIM
AWAS: Peranti BlackBerry anda direka bentuk untuk digunakan dengan kad SIM mikro. Untuk mengelakkan kemungkinan
kerosakan pada peranti anda, jangan masukkan penyesuai kad SIM ke dalam peranti anda.
Bergantung pada pembekal khidmat anda dan tempat anda membeli peranti, BlackBerry kad SIM mungkin telah
dimasukkan.
1.
Untuk menanggalkan penutup belakang, tekan dan luncurkannya ke bawah.
2.
Dengan sesentuh logam membelakangi anda, masukkan kad SIM mikro ke dalam slot atas seperti ditunjukkan.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
18
Untuk mengeluarkan kad SIM, mula-mula keluarkan bateri. Menggunakan jari telunjuk, tolak kad SIM ke arah ruang bateri.
Tarik keluar kad SIM sepenuhnya dengan menggunakan sama ada jari telunjuk atau ibu jari anda atau dengan menekan
bahagian atas kad SIM dengan ibu jari anda.
Masukkan kad media
1.
Untuk menanggalkan penutup belakang, tekan dan luncurkannya ke bawah.
2.
Dengan sesentuh logam membelakangi anda, masukkan kad media (kad mikroSD) ke dalam slot bawah.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
19
Masukkan atau tanggalkan bateri
Sebelum anda mula menggunakan peranti BlackBerry anda, anda hendaklah mengecas baterinya. Bateri di dalam kotak
yang didatangkan bersama peranti anda tidak dicas sepenuhnya.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
20
1.
Untuk menanggalkan penutup belakang, tekan dan luncurkan penutup ke bawah.
2.
Lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk memasukkan bateri, jajarkan sentuhan.
• Untuk menanggalkan bateri, angkat dan tarik keluar bateri dari hujung yang berlawanan dengan sesentuh bateri.
Menyediakan peranti anda menggunakan aplikasi
Persediaan
Petua: Sambungan rangkaian diperlukan untuk sesetengah ciri dalam aplikasi Persediaan.
Anda boleh menggunakan aplikasi Persediaan untuk melakukan mana-mana perkara berikut:
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
21
• Ketahui mengenai ciri baru dan lihat tutorial untuk mengetahui tentang gerak isyarat dan kekunci
• Tambah e-mel, BBM, pemesejan segera dan akaun rangkaian sosial anda
• Ketahui cara memindahkan kandungan daripada peranti lama anda
• Menyesuaikan bunyi dan pemberitahuan anda
• Tetapkan kata laluan untuk peranti anda
• Sediakan pilihan pembayaran untuk pembelian dari kedai BlackBerry World
• Menyesuaikan tetapan peranti anda
Aplikasi Persediaan menggesa anda untuk mendaftar masuk dengan BlackBerry ID sedia ada anda dan membolehkan
anda untuk mencipta yang baru. Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah mempunyai BlackBerry ID, lawati
www.blackberry.com/blackberryid
di komputer anda.
Untuk membuka aplikasi Persediaan, pada skrin utama, ketik
.