BlackBerry Q10 - Peranti saya sebelum ini tidak mengesan peranti BlackBerry 10 baru saya

background image

Peranti saya sebelum ini tidak mengesan peranti BlackBerry 10 baru

saya

Apabila anda menggunakan rangkaian Wi-Fi dan aplikasi Device Switch untuk menukar peranti, peranti anda mungkin
tidak dapat menyambung jika anda menggunakan rangkaian Wi-Fi korporat, akademik atau awam. Apabila anda menukar
peranti, cuba gunakan rangkaian rumah yang membenarkan sambungan.
Jika anda menggunakan rangkaian rumah untuk menyambung peranti anda dan anda masih tidak boleh menyambung
peranti anda, cuba yang berikut:

1. Tanggalkan palam penghala daripada sumber kuasa dan mulakan semula kedua-dua peranti.
2. Tunggu 30 saat.
3. Pasang palam penghala dan pastikan ia dihidupkan.
4. Tunggu 2 minit.
5. Gerakkan kedua-dua peranti lebih kurang 3 kaki (1.83 m) daripada penghala.
6. Hidupkan kedua-dua peranti.
7. Cuba jalankan aplikasi Device Switch sekali lagi.

Aplikasi Device Switch disokong oleh Media Mushroom. Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, lawat

www.deviceswitch.com

atau hubungi Media Mushroom di

contact@mediamushroom.com

.