Tambah akaun e-mel dan rangkaian sosial pada peranti baru anda
Maklumat kalendar dan kenalan yang berkaitan dengan akaun e-mel atau rangkaian sosial boleh ditambah apabila anda
menambah akaun pada peranti BlackBerry 10 baru anda. Sekiranya anda menggunakan aplikasi Device Switch untuk
bertukar daripada peranti BlackBerry yang menjalankan BlackBerry OS (versi 5.0 hingga 7.1), akaun e-mel anda mungkin
telah disediakan di peranti BlackBerry 10 baru anda.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Akaun.
3.
Jika perlu, ketik
.
4.
Ketik jenis akaun.
5.
Lakukan salah satu perkara berikut:
• Jika anda menambah akaun e-mel, masukkan alamat e-mel. Ketik Seterusnya. Masukkan kata laluan untuk
akaun. Ketik Seterusnya. Jika perlu, tukar sebarang tetapan penyegerakan.
• Jika anda menambah akaun rangkaian sosial, masukkan maklumat akaun anda. Jika perlu, tukar sebarang
tetapan penyegerakan atau tetapan peringatan.
6.
Ketik Selesai.