Adakah peranti saya memiliki BlackBerry Balance?
BlackBerry Balance hanya tersedia pada peranti BlackBerry yang dikaitkan dengan penyelesaian Enterprise Mobility
Management (EMM) daripada BlackBerry.
Untuk mengesahkan sama ada peranti anda menggunakan BlackBerry Balance, lakukan salah satu daripada berikut:
• Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Jika anda melihat Tukar Kepada Kerja atau Tukar Kepada
Peribadi, BlackBerry Balance dipasang.
• Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik
Tetapan > Perihal. Dalam senarai juntai bawah
Kategori, tatal dan cari Ruang Kerja. Jika anda tidak melihatnya atau anda melihat Ruang Kerja Sahaja, peranti anda
tidak disediakan untuk menggunakan BlackBerry Balance.