Kunci ruang kerja anda
Jika peranti BlackBerry anda menggunakan teknologi BlackBerry Balance untuk mengasingkan aktiviti kerja dan peribadi,
anda boleh mengunci ruang kerja anda dan teruskan mengakses fail peribadi, aplikasi peribadi dan data peribadi dalam
ruang peribadi di peranti anda.
Anda mungkin boleh menggunakan kata laluan yang sama untuk kata laluan ruang kerja dan kata laluan peranti anda,
bergantung kepada peraturan yang ditetapkan oleh pentadbir anda.
1.
Untuk mencipta kata laluan jika anda tiada kata laluan ruang kerja, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian
atas skrin. Ketik
Tetapan > BlackBerry Balance. Hidupkan suis Kata Laluan Kerja. Taipkan kata laluan. Jika
anda mahu menggunakan kata laluan yang sama bagi kata laluan peranti anda, hidupkan suis Gunakan sebagai
kata laluan peranti saya.
2.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.
• Untuk mengunci ruang kerja anda dengan segera, ketik
.
• Untuk mengunci ruang kerja anda secara automatik selepas satu masa tertentu, ketik
Tetapan > BlackBerry
Balance. Dalam senarai juntai bawah Kunci Ruang Kerja Selepas, pilih selang masa.
Pastikan anda tidak lupa kata laluan ruang kerja anda. Jika anda lupa kata laluan anda, hubungi pentadbir anda untuk
menetapkannya semula. Jika anda telah melebihi bilangan percubaan yang dibenarkan untuk memasukkan kata laluan
ruang kerja anda, ruang kerja anda dan semua kandungannya akan dipadamkan.