BlackBerry Q10 - Menyelesaikan masalah: Ruang kerja dan BlackBerry Balance

background image

Menyelesaikan masalah: Ruang kerja dan BlackBerry

Balance

Peranti saya dikuarantin

Jika peranti BlackBerry anda dikuarantin, anda menerima pemberitahuan bahawa anda tidak boleh mengakses ruang
kerja anda sehingga anda menyelesaikan masalah tersebut. Apabila peranti anda dikuarantin, anda tidak boleh
mengakses fail atau mesej e-mel di rangkaian organisasi daripada peranti anda, tetapi anda boleh mengakses fail dalam
ruang kerja yang disimpan di peranti anda. Jika peranti anda dikuarantin, pentadbir anda mungkin memadam beberapa
atau semua data di peranti anda.
Nota: Peranti boleh dikuarantin hanya jika akaun kerja pada peranti dikaitkan dengan penyelesaian Enterprise Mobility
Management (EMM) daripada BlackBerry.
Untuk mengeluarkan peranti anda daripada kuarantin, cuba perkara berikut:

• Jika perkhidmatan tidak diaktifkan dengan betul pada kad SIM dalam peranti anda, cuba gunakan kad SIM yang lain

atau tukar pelan perkhidmatan wayarles anda.

• Jika peranti anda menjalankan versi BlackBerry 10 OS yang tidak disokong organisasi anda, hubungi pentadbir anda

untuk mengemas kini kepada versi yang disokong.

• Jika penyelesaian EMM daripada BlackBerry mengesan bahawa keselamatan peranti anda dikompromi, hubungi

pentadbir anda untuk mengetahui cara memasang semula BlackBerry 10 OS.

Jika anda masih tidak boleh membuka kunci ruang kerja anda, hubungi pentadbir anda.