Sesuaikan pemberitahuan untuk kenalan
Pemberitahuan yang anda sesuaikan untuk kenalan membatalkan tetapan pemberitahuan bagi profil dan aplikasi. Sebagai
contoh, sekiranya bunyi dihidupkan untuk pemberitahuan telefon bagi kenalan tetapi bunyi dimatikan untuk telefon,
telefon masih berdering apabila kenalan menelefon anda.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Pemberitahuan.
Panduan Pengguna
Telefon dan suara
57
3.
Pada bahagian bawah skrin Pemberitahuan, ketik Pemberitahuan Kenalan.
4.
Ketik
.
5.
Ketik kenalan.
6.
Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Ketik Panggilan Telefon.
• Ketik Mesej E-mel.
• Ketik BBM.
• Ketik Mesej Teks.
• Ketik Pemesejan Lain, yang mengandungi aplikasi seperti Facebook, Twitter, LinkedIn dan banyak lagi.
7.
Lakukan salah satu perkara berikut:
• Matikan suis Semua Pemberitahuan.
• Tukar tetapan Bunyi, Nada Dering, Getar, LED atau Pratonton Segera.
Nota: Jika anda menetapkan sebarang senarai juntai bawah kepada Tetapan Profil, tetapan bunyi, nada, getar atau
LED mencerminkan apa yang ditetapkan dalam profil aktif. Jika anda membuat sebarang perubahan kepada senarai
jatuh bawah, perubahan ini membatalkan tetapan dalam profil aktif.
Kenalan yang anda sesuaikan pemberitahuannya disenaraikan pada skrin Pemberitahuan Kenalan.