Menjawab atau menolak panggilan
Lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk menjawab panggilan, sentuh dan tahan bulatan di tengah-tengah skrin dan luncurkan jari anda ke kiri. Lepaskan
jari anda apabila bulatan meliputi
.
• Untuk menolak panggilan, sentuh dan tahan bulatan di tengah-tengah skrin dan luncurkan jari anda ke kanan.
Lepaskan jari anda apabila bulatan meliputi
.
Panduan Pengguna
Telefon dan suara
46
Gunakan Balas Sekarang untuk menghantar mesej kepada pemanggil
Anda tidak perlu keluar daripada mesyuarat atau perbualan untuk menjawab telefon lagi. Dengan ciri Balas Sekarang,
anda boleh menghantar mesej ringkas kepada pemanggil selain menjawab panggilan masuk. Secara lalainya, jika
pemanggil merupakan kenalan BBM, mesej Balas Sekarang dihantar sebagai mesej BBM. Jika pemanggil bukan kenalan
BBM, mesej Balas Sekarang dihantar sebagai mesej teks. Bergantung kepada penerima mesej Balas Sekarang, caj
tambahan pemesejan teks mungkin dikenakan.
1.
Apabila anda menerima panggilan masuk, ketik
atau
.
2.
Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk menghantar salah satu daripada mesej lalai Balas Sekarang, ketik pada mesej.
• Untuk mengarang mesej baru, ketik Mesej Tersuai. Taip mesej dan ketik
.
Menyenyapkan nada dering apabila anda menerima panggilan
Jika anda menerima panggilan semasa bunyi atau getaran pemberitahuan anda dihidupkan, anda boleh menyenyapkan
nada dering dan menghentikan peranti anda daripada bergetar dengan cepat. Apabila anda menyenyapkan nada dering,
anda masih boleh menjawab atau menolak panggilan.
Apabila anda menerima panggilan masuk, ketik
.