Menukar bahasa input anda
Bahasa input anda adalah bahasa yang anda taip dalam dokumen, mesej e-mel dan mesej teks SMS atau MMS. Anda
boleh memilih sehingga tiga bahasa yang anda ingin gunakan untuk menaip. Bahasa lalai adalah bahasa paparan yang
anda pilih.
Petua: Jika anda perlu kerap menukar bahasa input, pastikan peranti anda disediakan untuk mengesan bahasa anda
secara automatik. Untuk mendayakan pengesanan bahasa, hidupkan suis Pengesanan bahasa pada skrin Input Bahasa.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Bahasa dan Input.
3.
Ketik Input Bahasa >
.
4.
Pilih kotak semak bersebelahan bahasa yang ingin anda dayakan.
Jika anda tidak boleh memilih kotak semak di sebelah bahasa, anda mungkin sudah mempunyai tiga bahasa yang dipilih.
Lihat senarai penuh bahasa dan buang bahasa yang anda tidak mahu gunakan lagi. Kemudian, pilih satu bahasa input
baru.