Menggunakan kad media
Inginkan lebih ruang untuk menyimpan nada dering, video, gambar dan lagu anda? Untuk ruang tambahan bagi
menyimpan dokumen dan fail media, anda boleh memasukkan kad microSD ke dalam peranti BlackBerry anda.
Menggunakan kad media boleh membantu meningkatkan prestasi dan kecekapan kuasa peranti anda.
Anda boleh mengalihkan sejumlah besar data dengan hanya mengalihkan kad media ke dalam peranti lain yang
menyokong kad microSD.
Kad media yang disokong
Peranti BlackBerry anda menyokong kad media bersaiz sehingga 128 GB. Hanya kad microSD disokong.
Untuk menggunakan kad media yang lebih besar daripada 32 GB, anda perlu memformatkan kad media kepada format
FAT32. Anda boleh menggunakan peranti anda untuk memformatkan kad media anda.
Panduan Pengguna
Tetapan
220
Format kad media anda
Anda boleh memformatkan kad media anda untuk membantu menyelesaikan isu dengan kad media. Semasa anda
memformatkan kad media anda, semua data kad media anda dipadamkan.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Storan dan Akses.
3.
Ketik Format Kad Media.