BlackBerry Q10 - Kaedah input papan kekunci

background image

Kaedah input papan kekunci

Satu kaedah input yang membolehkan anda menaip perkataan atau aksara yang tidak tersedia menggunakan aksara pada

reka letak papan kekunci anda. Dalam sesetengah kes, kaedah input memberikan anda anggaran fonetik bagi perkataan

berdasarkan reka letak papan kekunci yang anda gunakan. Peranti anda akan mencadangkan aksara atau diakritik

berdasarkan bunyi yang anda pilih.
Dalam kes lain, kaedah input menyediakan anda dengan gerak isyarat dan gabungan kekunci bagi bahasa. Sesetengah

kaedah input papan kekunci adalah biasa untuk semua bahasa yang disokong, seperti ramalan perkataan atau memilih

aksara aksen dengan menekan dan menahan kekunci.
Semua kaedah input papan kekunci juga menyokong menggunakan kekunci

untuk mengakses simbol.

Anda boleh menggunakan peranti BlackBerry anda dalam pelbagai bahasa, tanpa mengambil kira bahasa lalai yang anda

pilih. Walau bagaimanapun, perbezaan antara bahasa yang anda gunakan mungkin bermakna anda memerlukan petua

khusus untuk menggunakan Papan Kekunci BlackBerry anda dengan bahasa yang berbeza daripada reka letak papan

kekunci lalai. Contohnya, jika anda menggunakan bahasa yang mempunyai lebih banyak aksara dalam abjad daripada

bahasa yang menyokong papan kekunci, anda perlu mengetahui cara untuk mengakses aksara tambahan tersebut.