Hidupkan tetapan Senyap semasa Panggilan menggunakan tetapan
peranti
Tetapan Senyap semasa Panggilan menghalang BlackBerry Screen Reader daripada membaca maklumat skrin ketika
anda sedang menjawab panggilan.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik Tetapan
untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan.
Panduan Pengguna
Tetapan
213
3.
Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan
Kebolehcapaian.
4.
Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca
Skrin.
5.
Ketik Senyap semasa Panggilan untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk menghidupkan
Senyap semasa Panggilan.
6.
Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad,
cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari
sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari
untuk menutup aplikasi.
• Ketik
di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik
di penjuru kiri
bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik
di penjuru kiri bawah skrin untuk menetapkan titik
berkaitan. Kemudian ketik
di penjuru kiri bawah skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem.
Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.