BlackBerry Q10 - Mengemas kini perisian peranti anda

background image

Mengemas kini perisian peranti anda

Kemas kini perisian mungkin tidak tersedia kepada anda bergantung pada rantau dan pembekal perkhidmatan anda.
Anda hendaklah mencipta dan menyimpan fail sandaran peranti pada komputer anda secara kerap, terutamanya sebelum
anda mengemas kini sebarang perisian peranti. Mengekalkan fail sandaran semasa pada komputer anda mungkin
membolehkan anda memulihkan data peranti jika peranti BlackBerry anda hilang, dicuri atau rosak.
Nota: Jika anda mempunyai gambar, video, dan data lain yang disimpan di ruang storan peranti anda, simpan ia ke kad
media anda atau mencipta fail sandaran peranti di komputer untuk memastikan anda tidak kehilangan data.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Kemas Kini Perisian.

3.

Ketik Semak Kemas Kini.

Anda boleh mengemas kini perisian peranti anda menggunakan BlackBerry Link juga. Untuk mendapatkan maklumat
lanjut, lihat dokumentasi Bantuan untuk BlackBerry Link.