BlackBerry Q10 - Perihal berpasangan dan menyambung peranti anda ke komputer atau tablet

background image

Perihal berpasangan dan menyambung peranti anda

ke komputer atau tablet

Anda boleh memasang program, seperti BlackBerry Blend atau BlackBerry Link, pada komputer atau tablet anda untuk

meningkatkan pengalaman dengan peranti BlackBerry anda.
Gunakan BlackBerry Blend untuk berinteraksi dengan peranti anda daripada komputer atau tablet anda. Anda boleh

mengakses mesej, fail dan aplikasi tertentu di komputer atau tablet anda dengan cara yang sama anda gunakan pada

peranti anda. Anda boleh:
• Melihat dan menjawab mesej dan sembang daripada akaun yang berbeza dalam BlackBerry Hub.
• Mengakses sembang, kumpulan dan saluran BBM anda.
• Mengakses mesej teks (SMS) anda.
• Melihat dan mengemas kini acara kalendar dan kenalan.
• Menyalin dan memindahkan fail antara peranti dan komputer atau tablet anda.
Anda boleh menggunakan BlackBerry Blend untuk menyambung peranti BlackBerry yang menjalankan BlackBerry 10 OS

versi 10.3 dengan komputer dan tablet yang menjalankan perisian berikut:
• Windows 7 atau yang lebih baru
• Mac OS X 10.7 atau yang lebih baru
• iOS 6.0 atau yang lebih baru
• Android 4.4 atau yang lebih baru
Untuk memuat turun versi terkini BlackBerry Blend ke komputer atau tablet anda, lawati

www.blackberry.com/

BlackBerryBlend

.

Gunakan BlackBerry Link untuk menguruskan peranti anda dan membenarkan sambungan antara peranti dan komputer

anda. Anda boleh:
• Membenarkan akses fail jauh, supaya peranti anda boleh mengakses fail yang disimpan dalam pustaka di komputer

anda.

• Melihat dan memadamkan fail yang disimpan di komputer daripada peranti anda.
• Menyegerakkan kenalan dan janji temu kalendar antara peranti dan komputer anda.
• Menyegerakkan muzik, gambar, video dan dokumen antara peranti dan komputer anda melalui sambungan USB atau

sambungan Wi-Fi .

• Membuat sandaran dan memulihkan data peranti anda.

Panduan Pengguna

Tetapan

224

background image

• Memindahkan tetapan dan data yang disokong ke peranti lain.
• Menguruskan berbilang peranti di komputer anda yang menggunakan BlackBerry ID yang sama atau berbeza.
• Mengemas kini atau memasang semula perisian peranti anda.
BlackBerry Link menyokong peranti BlackBerry yang menjalankan BlackBerry 10 OS dan tablet BlackBerry PlayBook yang

menjalankan BlackBerry PlayBook OS 2.1.
Untuk memuat turun versi terkini BlackBerry Link ke komputer anda, lawati

www.blackberry.com/BlackBerryLink

.