Menyediakan komputer anda dengan BlackBerry Link
Kali pertama anda membuka BlackBerry Link, anda boleh memberikan komputer anda nama paparan yang mengenal
pasti komputer anda di peranti anda dan dalam BlackBerry Link. BlackBerry Link memaparkan perpustakaan gambar,
video dan dokumen lalai di komputer anda yang boleh disegerakkan dan diakses daripada peranti anda.
Untuk menyediakan BlackBerry ID anda dengan BlackBerry Link, pastikan bahawa komputer anda disambungkan ke
Internet.
1.
Pada komputer anda, buka BlackBerry Link.
2.
Taip nama paparan untuk komputer anda. Klik Seterusnya.
3.
Pilih sumber muzik di komputer anda, seperti Windows Media Player atau iTunes. Pada komputer Mac, anda juga
boleh memilih folder untuk perpustakaan Dokumen anda.
4.
Jika anda mempunyai sambungan Internet, daftar masuk atau cipta BlackBerry ID.
5.
Pilih kotak semak di sebelah peranti yang ingin anda berikan akses fail jauh.
6.
Klik Selesai.