Papan Kekunci BlackBerry dan menaip
Berkomunikasi dengan seluruh dunia dengan menaip mesej, e-mel dan dokumen menggunakan Papan Kekunci
BlackBerry. Anda boleh menaip dengan cekap dengan mencipta pintasan teks tersuai dan menghidupkan ramalan,
pembetulan dan semak ejaan. Selepas anda menyediakan keutamaan papan kekunci anda, ketahuilah cara untuk
memotong, menyalin dan menampal teks, dan memadam perkataan. Jika anda menghidupkan ramalan, anda boleh
memilih cadangan perkataan yang muncul semasa anda menaip. Anda juga boleh menyediakan atau menukar paparan,
menaip, papan kekunci dan bahasa input suara.
Panduan Pengguna
Tetapan
176