Penyelesaian masalah: NFC
Aplikasi yang salah dibuka apabila saya menggunakan pembaca NFC
Aplikasi yang salah mungkin dibuka kerana ia ditetapkan sebagai aplikasi lalai untuk digunakan dengan pembaca NFC.
Anda mungkin perlu mengeluarkan atau menetapkan semula aplikasi lalai untuk pembaca NFC. Ketik Tetapan >
Pengurus Aplikasi > Aplikasi Lalai untuk mengeluarkan aplikasi sebagai aplikasi lalai untuk pembaca NFC. Lain kali
apabila anda mengetuk peranti anda pada pembaca NFC, tetapkan aplikasi pilihan sebagai aplikasi lalai.
NFC tidak berfungsi seperti yang diharapkan
Jika anda cuba berkongsi fail menggunakan sambungan NFC atau tag pintar semasa peranti anda dikunci dan lampu latar
dimatikan, atau semasa kuasa dimatikan, NFC tidak akan berfungsi. Tetapan di bahagian Benarkan Transaksi Kad NFC
bagi skrin NFC tidak digunakan untuk pemindahan fail NFC atau ciri tag pintar.
Anda boleh menyediakan peranti anda agar menjalankan beberapa aplikasi NFC semasa peranti anda dikunci dan lampu
latar dimatikan, atau semasa kuasa dimatikan. Dalam tetapan NFC, pilihan Apabila dikunci atau lampu latar dimatikan
digunakan untuk aplikasi NFC yang menyelakukan transaksi kad fizikal, (contohnya, pembayaran kad kredit atau lencana
keselamatan yang membenarkan akses ke bangunan selamat), dan transaksi NFC yang dikendalikan oleh kad SIM anda.
Pilihan Apabila peranti dimatikan hanya digunakan untuk transaksi NFC yang dikendalikan oleh kad SIM anda.