BlackBerry Q10 - Menukar tetapan APN untuk sambungan lalai Internet anda

background image

Menukar tetapan APN untuk sambungan lalai Internet anda

Peranti BlackBerry anda menggunakan tetapan Nama Pusat Akses (APN) untuk membuka sambungan data dengan
rangkaian wayarles pembekal perkhidmatan anda. Aplikasi di peranti anda yang memerlukan akses Internet boleh
menggunakan sambungan ini.
Anda mungkin perlu menukar tetapan APN jika anda menukar pelan perkhidmatan wayarles anda atau jika tetapan lalai
tidak terpakai kepada pembekal perkhidmatan anda. Bergantung kepada pembekal perkhidmatan anda, anda mungkin
tidak dapat menukar tetapan APN.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah Alih.

3.

Jika suis Rangkaian Mudah Alih atau Perkhidmatan Data dimatikan, hidupkannya.

4.

Ketik

.

5.

Lengkapkan medan. Jika anda tiada maklumat yang diperlukan, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Untuk menetapkan semula tetapan lalai APN, ketik

.