BlackBerry Q10 - Menyelesaikan masalah: Rangkaian mudah alih

background image

Menyelesaikan masalah: Rangkaian mudah alih
Saya tidak dapat menyambung ke rangkaian mudah alih

Cuba penyelesaian berikut:

• Semak untuk memastikan mod pesawat dimatikan. Jika mod pesawat hidup, pilihan untuk menghidupkan rangkaian

mudah alih tidak tersedia. Untuk mematikan mod pesawat, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
Ketik

Tetapan. Matikan suis Mod Pesawat .

• Semak untuk memastikan sambungan rangkaian wayarles dihidupkan. Untuk menyemak sambungan anda, pada skrin

utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah

Alih. Semak untuk memastikan suis Rangkaian Mudah Alih dihidupkan.

• Semak untuk memastikan peranti BlackBerry anda disambungkan ke rangkaian pembekal perkhidmatan anda. Jika

anda menukar rangkaian wayarles secara manual, peranti anda kekal disambungkan ke rangkaian wayarles itu
sehingga anda memilih semula rangkaian pembekal perkhidmatan anda.

• Jika peranti anda menggunakan kad SIM, sahkan bahawa ia telah dimasukkan dengan betul ke dalam peranti anda.
• Jika peranti anda biasanya menyambung ke rangkaian CDMA dan peranti anda menyokong perayauan antarabangsa,

semak untuk memastikan peranti anda berada dalam mod perayauan dan kad SIM anda telah dimasukkan dengan
betul ke dalam peranti anda.

• Hubungi pembekal perkhidmatan anda untuk menyemak sama ada peranti anda dikunci oleh rangkaian. Jika peranti

anda dikunci oleh rangkaian, peranti anda boleh membuat sambungan rangkaian mudah alih hanya dengan pembekal
perkhidmatan anda sekarang. Minta kod buka kunci daripada pembekal perkhidmatan anda. Ketik

Tetapan >

Keselamatan dan Privasi > Kad SIM. Dalam bahagian Kunci Rangkaian Telefon, ketik item yang dikunci. Masukkan
kod buka kunci.