BlackBerry Q10 - Penyelesaian masalah: Bluetooth

background image

Penyelesaian masalah: Bluetooth
Saya tidak dapat berpasangan dengan peranti yang didayakan Bluetooth

• Semak untuk memastikan bahawa peranti BlackBerry anda serasi dengan peranti yang didayakan Bluetooth. Untuk

mendapatkan maklumat lanjut, lihat dokumentasi yang datang dengan peranti yang didayakan Bluetooth itu.

• Jika peranti anda yang didayakan Bluetooth memerlukan kunci laluan dan anda tidak mengetahui apa itu kunci laluan,

semak dokumentasi yang datang dengan peranti yang didayakan Bluetooth itu. Kadangkala kunci laluan ditetapkan
kepada 0000 sehingga anda menukarnya. Jika anda tidak mengetahui apa itu kunci laluan, cuba 0000.

• Jika peranti BlackBerry anda tidak mengesan peranti yang didayakan Bluetooth yang anda ingin berpasangan, cuba

jadikan peranti BlackBerry anda boleh ditemui dalam tempoh masa yang singkat. Pada skrin utama, leret ke bawah
dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth. Dalam senarai juntai bawah

Boleh Ditemui, ketik Hidup atau 2 Minit. Jika perlu, masukkan kata laluan peranti BlackBerry anda. Mulakan proses
berpasangan menurut dokumentasi yang disertakan dengan peranti.

• Jika peranti yang didayakan Bluetooth menggunakan bateri, sambungkan peranti ke bekalan kuasa, kemudian cuba

lagi. Bergantung pada peranti, jika tahap kuasa bateri terlalu rendah, peranti mungkin masih dapat beroperasi tetapi
tidak dapat berpasangan.

• Jika mod Hotspot Mudah Alih dihidupkan, sahkan bahawa anda cuba menyambung ke peranti yang didayakan

Bluetooth yang menggunakan profil Bebas Tangan, Port Bersiri atau Rangkaian Kawasan Peribadi.

Saya kerap terputus sambungan dengan kit kereta saya yang didayakan

Bluetooth

• Semak bahawa kit kereta anda menggunakan versi perisian terkini yang ada. Untuk mendapatkan maklumat lanjut

tentang versi perisian kit kereta anda, lihat dokumentasi yang datang dengan kit kereta anda.

• Alihkan peranti BlackBerry anda ke lokasi lain dalam kenderaan atau pusingkan peranti anda agar menghadap arah

lain. Lokasi antena peranti anda berkaitan dengan antena Bluetooth kit kereta anda boleh menjejaskan sambungan
Bluetooth.

Panduan Pengguna

Tetapan

168