BlackBerry Q10 - Profil dan perkhidmatan Bluetooth yang disokong

background image

Profil dan perkhidmatan Bluetooth yang disokong

Peranti BlackBerry anda ialah peranti Bluetooth Smart Ready dan menyokong profil berikut. Jika peranti anda dikaitkan
dengan akaun kerja, pentadbir anda mungkin menyahdayakan penggunaan profil.

Profil

Penerangan

Profil Pengagihan Audio Lanjutan (A2DP)

Profil ini membenarkan peranti BlackBerry anda menstrimkan fail audio
daripada peranti didayakan Bluetooth yang menyokong audio stereo
seperti set kepala, pembesar suara dan kit kereta stereo.

Perkhidmatan Isyarat Pemberitahuan (ANS) Profil ini membolehkan peranti didayakan Bluetooth mengakses

pemberitahuan yang anda terima di peranti anda, termasuk maklumat
mengenai jenis pemberitahuan, penghantar pemberitahuan dan bilangan
pemberitahuan baru dan belum dibaca.

Profil Kawalan Jauh Audio/Video (AVRCP)

Profil ini membenarkan anda menggunakan butang pada set kepala
didayakan Bluetooth untuk melakukan tindakan seperti melaraskan
kelantangan atau memainkan fail media seterusnya atau sebelumnya pada
peranti BlackBerry anda. Profil ini juga membenarkan anda melayari fail
muzik dalam aplikasi Muzik di peranti anda apabila anda disambungkan ke
kit kereta didayakan Bluetooth.

Perkhidmatan Bateri (BAS)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth mengakses maklumat
mengenai paras kuasa bateri peranti anda.

Perkhidmatan Waktu Semasa (CTS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti anda berkongsi maklumat
berkaitan masa dengan peranti didayakan Bluetooth yang lain.

Profil Pengenalan Peranti (DI) /
Perkhidmatan Pengenalan Peranti (DIS)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth untuk mengakses
maklumat mengenai model peranti BlackBerry anda untuk menyokong ciri
pasang dan main seperti memuat turun secara automatik peranti yang
diperlukan.

Profil Bebas Tangan (HFP)

Profil ini membenarkan anda menyambungkan peranti BlackBerry anda ke
set kepala dan kit kereta yang didayakan Bluetooth untuk membuat
panggilan telefon bebas tangan. Profil ini menyokong ciri dalam aplikasi
Telefon termasuk dailan suara, dail semula dan panggilan persidangan.

Peranti Antara Muka Manusia (HID)

Profil ini membenarkan anda untuk menyambungkan peranti BlackBerry
anda ke peranti yang didayakan Bluetooth seperti papan kekunci atau
tetikus.

Panduan Pengguna

Tetapan

166

background image

Profil

Penerangan

Perkhidmatan Isyarat Serta-Merta (IAS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth menghantar
isyarat serta-merta, seperti mesej keselamatan awam, ke peranti anda.

Perkhidmatan Kehilangan Pautan (LLS)

Perkhidmatan ini menghantar pemberitahuan kepada peranti BlackBerry
apabila peranti anda kehilangan sambungan Bluetooth dengan peranti
didayakan Bluetooth yang lain.

Perkhidmatan Lokasi dan Navigasi (LNS)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth mengakses maklumat
berkaitan lokasi di peranti anda (contohnya, menyokong aplikasi aktiviti
luar).

Peranti Antara Muka Manusia Bertenaga
Rendah (HOGP)

Profil ini membenarkan anda untuk menyambungkan peranti BlackBerry
anda ke peranti yang didayakan Bluetooth seperti papan kekunci atau
tetikus.

Profil Akses Mesej (MAP)

Profil ini membenarkan kit kereta didayakan Bluetooth untuk
memaklumkan anda mengenai mesej baru pada peranti BlackBerry anda.
Profil ini membenarkan kit kereta mengakses mesej anda dan
membolehkan anda membaca, memadam, menyemak imbas, mengarang
dan menghantar e-mel dan mesej teks daripada kereta anda.

Perkhidmatan Penukaran DST Seterusnya
(NDCS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti anda berkongsi maklumat
berkaitan perubahan masa penjimatan siang seterusnya dengan peranti
didayakan Bluetooth yang lain.

Profil Tolak Objek (OPP)

Profil ini membenarkan peranti BlackBerry anda menghantar fail dan
menerima fail daripada peranti didayakan Bluetooth. Fail yang disokong
oleh profil ini termasuklah kenalan, acara kalendar dan fail multimedia
seperti gambar, fail audio dan fail video.

Perangkaian Kawasan Peribadi - Pusat
Akses Pengguna/Rangkaian (PAN - U/NAP)

Profil ini membenarkan anda untuk menggunakan peranti BlackBerry anda
sebagai modem semasa disambungkan ke komputer yang didayakan
Bluetooth.

Profil Akses Buku Telefon (PBAP)

Profil ini membenarkan kit kereta didayakan Bluetooth mengakses
maklumat kenalan dan maklumat sejarah panggilan terkini di peranti
BlackBerry anda. Profil ini membenarkan kit kereta membuat panggilan
kepada kenalan atau memaparkan nama kenalan untuk panggilan masuk.

Profil Akses SIM Jauh (rSAP)

Profil ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth, seperti telefon
kereta, untuk menyambung ke peranti BlackBerry anda apabila peranti
anda disambungkan ke rangkaian GSM. Profil ini membolehkan peranti
didayakan Bluetooth menggunakan fungsi kad SIM peranti BlackBerry
anda. Contohnya, telefon kereta boleh menggunakan kad SIM dalam

Panduan Pengguna

Tetapan

167

background image

Profil

Penerangan

peranti anda untuk membuat panggilan telefon atau menghantar dan
menerima mesej teks.

Profil Port Bersiri (SPP)

Profil ini membenarkan anda untuk menyambungkan peranti anda ke
peranti yang didayakan Bluetooth yang menyokong kesambungan
desktop, pintasan wayarles dan pindahan data.

Perkhidmatan Kuasa Tx (TPS)

Perkhidmatan ini membenarkan peranti didayakan Bluetooth mengakses
maklumat mengenai tahap kuasa menghantar semasa peranti BlackBerry
anda.