BlackBerry Q10 - Tetapkan cara peranti didayakan Bluetooth mengakses akaun anda

background image

Tetapkan cara peranti didayakan Bluetooth mengakses akaun anda

Anda boleh membenarkan peranti didayakan Bluetooth yang menyokong Profil Akses Mesej (MAP) untuk mengakses
mesej dalam akaun yang disediakan di peranti BlackBerry anda. Contoh peranti didayakan Bluetooth yang menyokong
MAP termasuklah beberapa kit kereta dan jam tangan.
Dengan beberapa kit kereta didayakan Bluetooth yang menyokong MAP anda boleh menghantar dan menerima mesej
menggunakan perintah suara. Untuk maklumat lanjut tentang menggunakan peranti didayakan Bluetooth anda, lihat
dokumentasi yang disertakan dengan peranti.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth >

.

• Untuk menukar tempoh peranti anda cuba menghantar mesej ke peranti didayakan Bluetooth sebelum tamat

masa, laraskan gelangsar Tamat Masa Muat Turun Mesej.

• Untuk menerima mesej ringkasan harian bagi maklumat tentang hari ini, (contohnya, cuaca, senarai acara akan

datang dalam kalendar anda), dan bilangan mesej e-mel yang belum dibaca, hidupkan suis Mesej Dilihat Hari

Ini.

• Untuk menukar akaun yang boleh diakses oleh peranti didayakan Bluetooth, dalam bahagian Akaun Akses

Mesej, hidupkan atau matikan suis di sebelah setiap akaun.