BlackBerry Q10 - Sambungan USB

background image

Sambungan USB

Anda boleh menggunakan kabel USB untuk membuat sambungan dua hala antara peranti BlackBerry dan komputer

anda. Apabila anda menyambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB, anda boleh mengecas peranti

anda.
Apabila anda menyambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB, peranti anda muncul sebagai

pemacu yang dipetakan. Apabila anda menghidupkan ciri Mod Storan Massa USB, peranti anda muncul pada komputer

sebagai peranti storan boleh alih. Anda biasanya dapat menggunakan sambungan USB untuk menyeret fail antara peranti

dan komputer anda, bergantung kepada ciri komputer anda.