BlackBerry Q10 - Menyambung ke peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast

background image

Menyambung ke peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast

Anda boleh memaparkan skrin peranti BlackBerry anda secara wayarles di peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast, seperti
televisyen atau projektor bilik lembaga pengarah.
Nota: Untuk memaparkan skrin anda pada peranti yang bukan peranti Wi-Fi CERTIFIED Miracast, anda boleh
menggunakan penyesuai paparan wayarles atau menggunakan kabel HDMI untuk menyambung peranti BlackBerry anda
ke peranti lain.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi.

3.

Jika suis Wi-Fi dimatikan, hidupkan suis.

4.

Ketik Miracast > Perkongsian Skrin.

5.

Ketik peranti yang anda ingin paparkan skrin anda.

Untuk berhenti memaparkan skrin anda, pada skrin Wi-Fi, ketik Miracast > Putuskan Sambungan.

Panduan Pengguna

Tetapan

159