BlackBerry Q10 - Tambah profil VPN

background image

Tambah profil VPN

Anda memerlukan sambungan Wi-Fi atau VPN sebelum anda boleh menambah profil VPN baru.
Profil VPN mengandungi maklumat yang anda perlukan untuk log masuk ke rangkaian organisasi anda melalui VPN atau
sambungan Wi-Fi. Anda mungkin mempunyai satu atau lebih profil VPN pada peranti BlackBerry anda, bergantung
kepada pilihan yang ditetapkan untuk anda oleh pentadbir anda.
Jika anda menggunakan akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian Enterprise Mobility Management daripada
BlackBerry, beberapa profil VPN mungkin ditambahkan secara automatik dan anda tidak perlu menambah profil VPN
secara manual. Jika anda tidak melihat pilihan untuk menambah profil VPN bermakna pentadbir anda telah mematikan
sambungan jenis ini.

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari sebelah atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > VPN >

.

3.

Lengkapkan medan. Jika anda tiada maklumat yang diperlukan, hubungi pentadbir anda.

4.

Ketik Simpan.